Kehidupan awal Caterina Scorsone

Scorsone dilahirkan di Toronto, Ontario. Beliau ialah anak ketiga dalam keluarganya. Bapahya, Antonio Bruno Scorsone, ialah pekerja sosial, dan ibunya, Suzanne Rozell Scorsone, ialah ahli antropologi sosial. Beliau berketurunan separa Itali.[2] Empat beradiknya termasuk: kakak kembar sulung (l. 1977)[3] termasuk Francesca, yang berkhidmat sebagai Chaplain di Canadian Forces, menerima pangkat Mejar, dan adik perempuan dan lelaki.[4] Beliau menghadiri Cardinal Carter Academy for the Arts di Toronto di mana beliau berlakon dalam Oklahoma! dan beberapa penerbitan lain, serta sekolah alternatif lain Subway Academy II. Selain itu, beliau menghadiri Sekolah Trinity di Universiti Toronto, menerima ijazah Kajian Sastera dan Falsafah,[5] dan pada 2005, beliau menamatkan pengajian.

Rujukan

WikiPedia: Caterina Scorsone http://www.magazine.utoronto.ca/all-about-alumni/c... http://www.caterinascorsone.com http://www.filmreference.com/film/85/Caterina-Scor... http://www.imdb.com/name/nm0778741/ http://www.tv.com/francesca-scorsone/person/21197/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p326167706 http://isni.org/isni/0000000050394184 http://www.sonypictures.co.uk/tv/shows/missing/tvb... https://twitter.com/caterinatweets/status/49893103... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb16706397p